Hetalia: Axis Powers - LiechtensteinHetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Thursday 15 August 2013

KESALAHAN DALAM MENILAI...


Setelah lama menyepi, terlintas satu persoalan yang diajukan oleh temanku. Sehari selepas demo Malam King Of Fighter 2.0 UMP, aku 'lepak' di luar bilik kuliah untuk kelas yang seterusnya. Datang seorang kawan duduk bersama-sama aku. "Eh, awak masuk silat eh? dengan kawan awak yang lagi sorang tu? yang buat persembahan semalam. Silat ape ek?" "haah..Silat Gayong" "eh, boleh ke masuk silat? bukan ada pendamping ke?" erkk..terkejut eden.. Aku cuma diam and senyum..tapi dalam hati panas..xtau la kenapa, semangat kemelayuan aku ni tinggi sangat dari dulu lagi..hihhi..xnak tunjuk je..Sampai kwan aku yg join taekwando ckp "Sem depan ko nampak la muka aku dlm silat" sriusly..die ckp "tapi silat cekak la :P" haha..punya la semangat aku sampai aku jawab " xkisah la silat ape, janji warisan melayu :P" haha..btol ke ak ni..? musyhkil dengan diri sendiri.HAHA...Aku pernah citer cmne ak masuk Silat dulu kat blog lame. ✿!SINI!✿!SINI!✿ Kawan tula yang die maksudkan..huhu..


orang kita selalu menilai berdasarkan khabar-khabar angin tanpa menyiasat terlebih dahulu.. Aku masih baru dalam dunia persilatan, tapi sepanjang 2tahun aku mengikuti kelas seni bela diri Silat, tak pernah aku terjumpa sesuatu yang aneh atau lebih senang dipanggil yang menyalahi syariat. Malah, semua adat yang diamalkan hanya mendekatkan diri kita kepada Tuhan.

Aku x menyalahkan sesiapa. Mak aku pun pernah tanye, x pe ke? Betul ke oke? Mak tanye sebab ada orang tanye mak..
Aku cakap xpe..xde pape yang salah pun..Ayah aku pun cakap, xpe, atok awak dulu pun orang silat jugak..owh..Sayangnya aku xpernah and xsempat nak jumpa atok..
Maybe mak ragu-ragu dengan aku..tapi satu hari time aku balik cuti mid sem kowt. Adik aku tanya, "akak, xda video silat baru ke? aku nak belajar" haha..adik-adik lelaki aku.. adik perempuan aku yang kat Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) pn da ikut jejak langkah aku.. die pn da join silat.. mak aku pun tergelak dengar soalan adik aku.. "Mad, nak masuk silat bukan maen masuk je, ada tiga benda nak kena jaga, jangan tinggal solat,hormat ibu bapa n hormat guru. Sembahyang tu kene rajin" biasa la budak-budak sekolah rendah kan, liat btol nak solat..kan da terkena.. eh..eh..haha..mak cakap mak dengar dalam Usrah ke Tanyalah Ustaz..antara dua tula..sebab tu je citer mak tengok. hihi.. mak aku pun da yakin sekarang :) Alhamdulillah..

PSSGM UMP_naga rantau
Pernah ketika Kursus Keris Cikgu Sani cakap,
orang kita suka menilai x tentu hala, kite tangan ke bumi untuk buka gelanggang pun diorang kata kita sembah jin tanah. haha..betul! sangat x patut kawan-kawan.. siasat dulu sebelum berkata apa-apa.
Mula-mula masuk silat dulu pun ak rasa janggal bila diorang suruh letak tangan ke bumi dalam bulatan.  Macam gambar kat bawah ni.. Macam-macam aku pikir, then bila imam gelanggang ckp baca Al-Fatihah, Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan bace surah Al-Ikhlas, sedekahkan kepada guru-guru, mohon kepada Allah latihan selamat dari awal hingga akhir. Aku lega :) 

so, bagi aku silat x da beza dengan seni bela diri yang laen. Malah seperti dapat 'bonus'. Sambil menyelam minum air.. Aku banyak berubah sejak masuk Silat.. Yela, kita sendiri pun tahu kan fadhilat bace Surah Al-Ikhlas :) Alhamdulillah Silat Gayong membantu aku meningkatkan ilmu seni bela diri sambil mendekatkan diri pada Tuhan..Kita jangan cepat menghukum sesuatu. Kalau bukan orang kita, siapa lagi yang nak kekalkan seni budaya Melayu. sedangkan bangsa lain pandai menghargai warisan kita, mereka berhempas pulas menghabiskan wang datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu persilatan..kenapa x kita :) Renung-renungkan kawan-kawan.. :)

Gayong France






2 comments:

  1. i loikeeee.. ngehee :) .. kan2 warisan melayu kita kena pertahankan.. ptutla dulu ida suka gila tgk cter melayu lama lbih2 lg part dia men keris..

    ReplyDelete
  2. haha~ kan2.. berseni g2..it's all about technique..chewaahhh..hihi..terkejut kowt org tnye kite cmtu -_-

    ReplyDelete